• image_0982B320-C6A4-4997-A562-946D2ABD0E72_1779612695
  • image_8C1D610E-6A42-4127-93FC-F887B2FDFBD7_1779612695
  • image_5CAA1B3A-DF1C-4382-B13B-19D8ABB6A688_1779612695
1

Skaf Sutera Habotai dengan Motif Unggas Tropikal

Regular price
RM 559.00
Sale price
RM 559.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lizza Creations
Worldwide shipping
Secure payments | Lizza Creations
Secure payments
Authentic products | Lizza Creations
Authentic products
Skaf Sutera Habotai dengan Motif Unggas Tropikal Ratings: 0 - 0 votes

Sebuah helaian yang meraikan keindahan alam dalam bentuk yang paling halus dan eksklusif.

Rekaan ini menampilkan gabungan flora dan fauna yang menjadi identiti kuat LIZZA Creations. Di atas latar bumi yang dalam dan kaya, kuntuman bunga tropika berkembang bersama burung-burung kecil dan serangga halus yang dilukis tangan dengan penuh teliti, menghasilkan komposisi yang terasa hidup dan penuh cerita.

Motif burung merupakan antara elemen paling istimewa dalam dunia rekaan LIZZA. Ia juga antara motif yang paling sukar untuk dihasilkan secara handpainted kerana memerlukan ketelitian tinggi pada bentuk, lapisan warna dan pergerakan yang natural. Disebabkan itu, rekaan yang menampilkan burung selalunya dihasilkan dalam jumlah yang lebih terhad dan eksklusif.

Bunga-bunga yang diinspirasikan daripada landskap tropika Malaysia disusun bersama dedaunan lembut dan rama-rama kecil, mencipta suasana seperti taman tersembunyi yang tenang. Setiap elemen mempunyai ruang untuk menyerlah tanpa mengganggu keseimbangan keseluruhan karya.

Palet warnanya juga sangat sinonim dengan LIZZA. Gabungan coklat bumi yang hangat, hijau lembut dan sentuhan pastel memberi rasa matang, refined dan timeless.

Lebih daripada sekadar skaf, helaian ini membawa apa yang paling dekat dengan jiwa LIZZA Creations. Kecintaan terhadap alam, seni lukisan tangan, dan keindahan pada detail-detail kecil yang sering tidak disedari.


  • Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
  • 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
  • Berukuran 45 inci.
  • Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.
  • 100% sutera asli (habotai)


Dilukis oleh LuqmanDiwarna oleh Amira



2

_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo (1)



Reviews

Be the first to review