• image_EF7194A6-9C5C-4857-B595-8A31DB156888_1779604647
  • image_DD37556E-DDC3-44B4-8E95-ADF28B7533C4_1779604647
  • image_F8B821EB-5764-48E7-9FB4-0DB96F5C9BC6_1779604647
1

Skaf Sutera Habotai dengan Motif Poppy dan Geometri

Regular price
RM 489.00
Sale price
RM 489.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lizza Creations
Worldwide shipping
Secure payments | Lizza Creations
Secure payments
Authentic products | Lizza Creations
Authentic products
Skaf Sutera Habotai dengan Motif Poppy dan Geometri Ratings: 0 - 0 votes

Sebuah komposisi yang mempertemukan pelbagai teknik, motif dan disiplin seni batik dalam satu helaian yang penuh karakter.

Rekaan ini menampilkan gabungan elemen floral, geometri dan garisan organik yang disusun secara berlapis, menjadikan setiap sudut skaf terasa hidup dengan detail yang berbeza. Dari motif bunga yang dilukis lembut hingga corak geometri yang tersusun halus, keseluruhan karya ini memperlihatkan kepelbagaian teknik dalam seni batik handpainted.

Bahagian geometri menjadi antara elemen paling istimewa dalam rekaan ini. Garisan-garisannya yang kecil, konsisten dan teliti memerlukan skill canting yang tinggi untuk dihasilkan dengan kemas dan seimbang. Ketepatan tangan amat penting bagi memastikan setiap bentuk kekal tajam tanpa menghilangkan kelembutan keseluruhan komposisi. Ia adalah proses yang rumit dan memakan masa, namun detail inilah yang memberi nilai kepada karya seni sebenar.

Gabungan motif tradisional dan moden pula mencerminkan identiti LIZZA Creations yang gemar bermain dengan kontras. Struktur dan kelembutan, geometri dan flora, bold dan refined. Semua elemen ini disatukan dalam harmoni warna yang kaya namun tetap elegan.

Palet merah bata, merah jambu, hitam dan hijau lembut memberikan rasa artistik yang kuat, menjadikan skaf ini sebuah statement piece yang tetap versatile untuk digayakan.

Lebih daripada sekadar aksesori, helaian ini adalah penghargaan terhadap kemahiran tangan artisan dan keindahan proses dalam menghasilkan seni batik yang berkualiti tinggi.


  • Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
  • 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
  • Berukuran 45 inci.
  • Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.
  • 100% sutera asli (habotai)


Dilukis oleh LuqmanDiwarna oleh Amira



2

_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo (1)



Reviews

Be the first to review