• image_6A7353F3-D979-4BE4-83B6-00F02A5C2823_1779599171
  • image_0BE4D971-1265-4707-85BC-4EC2A6520F57_1779599171
  • image_A5A845F5-032B-4782-B4FF-C890A7FA020C_1779599171
1

Skaf Sutera Habotai dengan Motif Peony dan Dedaun

Regular price
RM 479.00
Sale price
RM 479.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lizza Creations
Worldwide shipping
Secure payments | Lizza Creations
Secure payments
Authentic products | Lizza Creations
Authentic products
Skaf Sutera Habotai dengan Motif Peony dan Dedaun Ratings: 0 - 0 votes

Skaf Sutera Habotai dengan Motif Peony dan Dedaun ini merupakan gabungan seni tradisional dan keanggunan moden yang dihasilkan dengan penuh ketelitian oleh artisan Kelantan. Dilukis tangan sepenuhnya menggunakan teknik canting tradisional di atas fabrik sutera habotai yang lembut dan ringan, setiap helaian mengambil masa sekitar 3 hingga 5 hari untuk disiapkan, menjadikan setiap skaf tampil eksklusif dan bernilai seni tinggi.


Motif bunga peony dipilih kerana ia melambangkan kemewahan, kelembutan dan keanggunan wanita, manakala susunan dedaun yang halus menambahkan elemen semula jadi yang menenangkan. Gabungan kedua-dua motif ini menghasilkan rekaan yang harmoni dan feminin. Palet warnanya menampilkan tona lembut seperti soft blue, sage green, dusty blue dan sentuhan kelabu mutiara yang memancarkan aura elegan serta sofistikated.


Dalam budaya Melayu, unsur flora sering diangkat dalam seni tekstil sebagai simbol kelembutan budi dan kehalusan seni warisan. Skaf ini hadir sebagai lambang keindahan tradisi yang diolah dalam gaya kontemporari, sesuai untuk wanita yang menghargai seni, budaya dan kemewahan yang abadi.


  • Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
  • 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
  • Berukuran 45 inci.
  • Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.


Hand-drawn by Nik SaifulHand-dyed by Amira
Batik artistBatik artist | Make-up artist
12
1_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo (1)


Reviews

Be the first to review