• image_70B80A4E-67CE-49A5-B3B6-4A38A1B161F8_1785338321
  • image_903D470F-395B-4788-B2B4-A21FE31BD58D_1785384075
  • image_5A081C28-375C-41D1-87E5-2C0156B71046_1785338321
  • image_53FA3E57-B735-42A5-9A49-5308CA573483_1785338321
1

Skaf Sutera Habotai dengan Motif Floral Botani

Regular price
RM 499.00
Sale price
RM 499.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lizza Creations
Worldwide shipping
Secure payments | Lizza Creations
Secure payments
Authentic products | Lizza Creations
Authentic products
Skaf Sutera Habotai dengan Motif Floral Botani Ratings: 0 - 0 votes

 Rekaan ini diinspirasikan daripada keindahan flora tropika yang hidup subur dalam rimbunan alam semula jadi, di mana setiap kuntuman bunga dan dedaunan saling melengkapi dalam sebuah landskap yang tenang dan penuh kehidupan. Kehadiran elemen manuskrip klasik pada bahagian hadapan menjadi simbol penghargaan terhadap warisan, sejarah dan nilai budaya yang terus dipelihara, menjadikan rekaan ini bukan sekadar indah dipandang, tetapi turut membawa sebuah cerita yang bermakna.

Di tengah-tengah rekaan, bunga-bungaan tropika yang mekar dalam rona merah delima dan aprikot lembut menjadi titik tumpuan utama, diiringi gugusan bunga Lantana berwarna keemasan yang melambangkan keceriaan, ketabahan dan kemakmuran. Dedaunan hijau yang dilakar dengan teliti menambahkan kedalaman pada komposisi, mewujudkan keseimbangan antara kelembutan alam dan kehalusan seni batik lukisan tangan yang menjadi identiti Lizza. 

Palet rona beige lembut, coklat, hijau, aprikot dan merah delima membangkitkan seasana yang hangat, elegan dan menenangkan. Peralihan warna yang harmoni memberikan dimensi pada rekaan, seolah-olah cahaya petang yang menyinari taman tropika.

Dilukis sepenuhnya menggunakan teknik batik lukisan tangan, setiap lapisan warna dan setiap garisan membawa sentuhan artisan yang menjadikan setiap helaian mempunyai karakter tersendiri.

Lebih daripada sekadar scarf, karya ini adalah simbol bahawa keindahan sentiasa lahir daripada keseimbangan. Cahaya dan bayang, kekuatan dan kelembutan, struktur dan alam, semuanya bersatu dalam satu helaian seni.


    Nota penting: Harap maklum bahawa mungkin terdapat sedikit kesan merah atau percikan warna kecil pada skaf ini yang terhasil daripada proses batik tradisional. Kesan ini adalah ciri unik yang menambah keaslian produk ini. Sesuai untuk pembeli yang menghargai seni dan tidak cerewet tentang ketidaksempurnaan kecil. Rujuk gambar untuk melihat kesan tersebut.



  • Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
  • 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
  • Berukuran 45 inci.
  • Disertakan dengan sijil keaslian, menambahkan nilai pada karya seni ini.
  • Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.
  • 100% sutera asli (habotai)


Dilukis oleh ZulkifliDiwarna oleh Amira


12
_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo (1)


Reviews

Be the first to review