• image_9DA23815-CFF8-45CE-9FD5-19305228056B_1779602370
  • image_3A7A3F61-EDC2-4740-A5E0-114B79B52F7C_1779602370
  • image_4D11E103-68C8-43A2-939F-2ECB5E5F953E_1779602370
1

Skaf Sutera Habotai dengan Motif Anyaman

Regular price
RM 539.00
Sale price
RM 539.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lizza Creations
Worldwide shipping
Secure payments | Lizza Creations
Secure payments
Authentic products | Lizza Creations
Authentic products
Skaf Sutera Habotai dengan Motif Anyaman Ratings: 0 - 0 votes

Terinspirasi daripada seni anyaman tradisional, rekaan ini meraikan keindahan struktur, ritma dan ketelitian yang sering dilihat dalam warisan kraftangan Nusantara. Garisan-garisan yang bersilang dan berlapis dilukis tangan satu persatu untuk menghasilkan ilusi anyaman yang lembut dan mengalir, menjadikan helaian ini antara rekaan yang paling rumit untuk dihasilkan.

Setiap lengkungan dan susunan garis memerlukan ketepatan tinggi agar coraknya kelihatan seimbang, organik dan hidup. Proses ini bukan sahaja mengambil masa, tetapi juga memerlukan kawalan tangan yang halus bagi mencipta efek dimensi dan pergerakan seperti helaian yang sedang dianyam.

Bagi melembutkan struktur geometrinya, dedaunan halus disusun merentasi permukaan skaf, membawa sentuhan alam yang menjadi identiti LIZZA Creations. Gabungan elemen organik dan corak berulang ini mencipta keseimbangan antara tradisi dan moden, antara kelembutan dan bentuk.

Palet warnanya pula tampil matang dan sophisticated. Campuran tona plum, hitam, olive dan kelabu lembut memberi rasa understated luxury yang mudah digayakan dalam pelbagai suasana.

Rekaan ini adalah penghormatan kepada seni tangan yang memerlukan kesabaran, ketelitian dan jiwa. Sehelai karya yang bukan sekadar cantik dipandang, tetapi juga membawa cerita tentang proses dan warisan.


  • Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
  • 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
  • Berukuran 45 inci.
  • Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.


Dilukis oleh ZulkifliDiwarna oleh Amira


12
_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo (1)


Reviews

Be the first to review