• 44
  • 45
  • 46
1

Skaf Sutera Habotai dengan Motif Bougainvillea

Regular price
RM 429.00
Sale price
RM 429.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lizza Creations
Worldwide shipping
Secure payments | Lizza Creations
Secure payments
Authentic products | Lizza Creations
Authentic products
Skaf Sutera Habotai dengan Motif Bougainvillea Ratings: 0 - 0 votes

Skaf ini dihasilkan daripada fabrik Sutera Habotai yang lembut dan berkilau, dihiasi dengan motif bunga Bougainvillea yang dilukis tangan menggunakan teknik chanting tradisional oleh artisan Kelantan. Setiap helaian memerlukan 3 hingga 5 hari untuk disiapkan, mencerminkan ketelitian yang mendalam terhadap seni warisan Melayu.

Bunga Bougainvillea dalam budaya Melayu sering melambangkan simbol kecantikan. Palet warnanya yang memukau—merah jambu lembut, ungu melati, dan hijau dedaunan—mewakili keindahan alam, dan semangat juang masyarakat Melayu.

Sutera Habotai yang ringan memberi kesan alunan semula jadi yang anggun, memperkaya setiap lapisan warna. Skaf ini bukan sekadar aksesori, tetapi satu karya seni yang membawa kita lebih dekat dengan budaya, alam, dan warisan Melayu yang tidak pudar ditelan waktu.

  • Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
  • 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
  • Berukuran 45 inci.
  • Disertakan dengan sijil keaslian, menambahkan nilai pada karya seni ini.
  • Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.

Cara Penjagaan Habotai Skaf:

Boleh dicuci tangan menggunakan sabun lembut seperti sabun mandi. Jika kekangan masa, boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dengan memasukkan skaf ke dalam jaring pelindung. Namun, kaedah ini tidak digalakkan kerana mungkin mengurangkan jangka hayat fabrik. Fabrik sutera asli tidak perlu dicuci setiap kali pemakaian kerana ia sukar berbau. Memadai mencuci bahagian yang terkena kotoran sahaja.


Dilukis oleh LuqmanDiwarna oleh Amira
2
_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo (1)


Reviews

Be the first to review