• 74
  • 75
  • 76
1

Skaf Sutera Habotai dengan Motif Bunga Kembang Cina

Regular price
RM 429.00
Sale price
RM 429.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lizza Creations
Worldwide shipping
Secure payments | Lizza Creations
Secure payments
Authentic products | Lizza Creations
Authentic products
Skaf Sutera Habotai dengan Motif Bunga Kembang Cina Ratings: 0 - 0 votes

Dihasilkan di atas fabrik Sutera Habotai yang memancarkan kilauan elegan, skaf ini mencerminkan keanggunan semula jadi bunga Kembang Cina yang dilukis tangan dengan penuh teliti menggunakan teknik chanting tradisional oleh artisan Kelantan. Setiap helaian memerlukan masa 3 hingga 5 hari untuk disiapkan, menjadikannya sebuah karya seni yang sarat dengan kesabaran dan ketelitian.

Bunga Kembang Cina, simbol kesucian dan kehormatan dalam budaya Melayu, diabadikan dalam corak yang penuh makna ini. Ia mewakili penghormatan dalam adat dan nilai murni yang dijunjung tinggi dalam setiap aspek kehidupan.

Palet warna yang digunakan — oren jingga, merah jambu lembut dan hijau daun — menghasilkan kesan yang tenang, penuh kelembutan dan kemewahan yang elegan. Sutera Habotai yang lembut memberikan gerakan yang mempesona, menjadikan setiap helaian skaf ini lebih daripada sekadar aksesori, tetapi satu manifestasi seni yang merayakan warisan Melayu dan keindahan alam.

  • Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
  • 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
  • Berukuran 45 inci.
  • Disertakan dengan sijil keaslian, menambahkan nilai pada karya seni ini.
  • Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.

Cara Penjagaan Habotai Skaf:

Boleh dicuci tangan menggunakan sabun lembut seperti sabun mandi. Jika kekangan masa, boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dengan memasukkan skaf ke dalam jaring pelindung. Namun, kaedah ini tidak digalakkan kerana mungkin mengurangkan jangka hayat fabrik. Fabrik sutera asli tidak perlu dicuci setiap kali pemakaian kerana ia sukar berbau. Memadai mencuci bahagian yang terkena kotoran sahaja.


Hand-drawn by FaizulHand-dyed by Amira
Batik artist Batik artist | Make-up artist
12
_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo (1)



Reviews

Be the first to review