Serunding
- Regular price
- RM 24.90
- Sale price
- RM 24.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Serunding Asli Kelantan by LIZZA
Secebis Rasa, Seindah Warisan.
Dari bumi Cik Siti Wan Kembang, kami bawakan satu lagi warisan Kelantan yang dekat di hati — serunding tradisional, hidangan istimewa yang kaya dengan rempah-ratus dan cita rasa turun-temurun.
Dihasilkan dengan penuh teliti, setiap suapan menawarkan rasa rempah yang harum, tekstur yang berserabut halus, lembap dan keenakan yang cukup sinonim dengan masakan tradisi Kelantan.
Tersedia dalam dua pilihan:
Serunding Daging – Kaya dengan rasa daging dan rempah pilihan, enak dinikmati bersama nasi, ketupat, lemang atau roti.
Serunding Ayam – Pilihan yang tidak kurang istimewa, dengan rasa rempah yang seimbang dan aroma yang menyelerakan.
Dikemas dalam tin eksklusif berilustrasikan suasana kampung tradisional Kelantan, serunding ini bukan sekadar hidangan, tetapi juga buah tangan yang membawa cerita tentang tanah asal kami.
Sesuai dijadikan cenderamata, hadiah istimewa atau sekadar untuk mengubat rindu pada rasa kampung halaman.
Maklumat Produk
Berat bersih: 200g
Pilihan: Daging / Ayam
Pembungkusan: Tin bercorak ilustrasi warisan Kelantan
Cara Penyimpanan
Simpan di tempat yang kering dan sejuk, jauh daripada cahaya matahari. Setelah dibuka, pastikan penutup ditutup rapat dan gunakan sudu yang bersih serta kering.
Dari Kelantan, dengan penuh rasa dan cerita.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product