As-Is Seroja Co-Ord Set
- Regular price
- RM 917.23
- Sale price
- RM 917.23
- Regular price
-
RM 1,079.10
Share
Seroja Co-Ord Set tercipta sebagai sebuah puisi halus yang diterjemahkan ke dalam helaian sutera crepe yang lembut, selesa, dan penuh keanggunan buat wanita yang menghargai keindahan dalam ketenangan. Material sutera crepe yang digunakan memberikan sentuhan ringan, sejuk dan beralun indah, menjadikan setiap gerakan tampak anggun dan bersahaja. Direka dengan potongan kemeja loose batwing yang jatuh bagai kelopak seroja yang mekar. Potongannya direka teliti bagi memberikan keselesaan menyeluruh, menjadikannya sesuai untuk pemakai bersaiz M sehingga XXL.
Rekaan baju berkolar klasik dengan butang berfungsi penuh dari atas hingga ke bawah baju, manakala butang pada hujung lengan menjadi perincian kecil yang menyempurnakan pesona. Seroja Co-Ord Set ini bukan sekadar rekaan yang indah dipandang, malah sebuah karya yang mudah digayakan mengikut jiwa si pemakai. Ia juga boleh dipadankan bersama skirt untuk menyerlahkan sisi feminin yang lembut, atau digayakan bersama seluar loose yang plain bagi tampilan moden yang tenang.
Seroja Co-Ord Set direka seluarnya dengan potongan loose, memberi alunan yang lembut setiap kali melangkah, serta dilengkapi lining bagi memastikan keselesaan dan keyakinan sepanjang pemakaian. Seroja Co-Ord Set amat serasi digayakan ke majlis makan malam penuh makna, pertemuan istimewa, mahupun acara rasmi santai. Dipadankan dengan kasut bertumit tinggi, beg berona lembut dan aksesori minimal, set ini memancarkan aura wanita yang tenang, romantik dan memikat — indah tanpa perlu berlebihan.
Harap maklum, terdapat sedikit stain berwarna hitam pada bahagian belakang seluar dan lengan baju—sesuatu yang di luar kawalan kami. Sila rujuk pada gambar yang telah disediakan. Harga yang diberikan juga telah mengambil kira ketidaksempurnaan ini.
Material : Crepe silk
Freesize : M-XXL
Potongan Baju : Kemeja batwing berkolar, rekaan butang berfungsi sepenuhnya dari atas ke bawah baju, dengan kemasan butang pada hujung lengan.
Potongan Seluar : Direka dengan potongan loose, dilengkapi full lining sepenuhnya, bergetah pada bahagian pinggang belakang, zip tersembunyi di bahagian sisi.
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product