Selendang Sutera Habotai dengan Motif Dahlia
- Regular price
- RM 489.00
- Sale price
- RM 489.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Selendang habotai ini menampilkan kehalusan seni lukis tangan oleh artisan Kelantan melalui teknik chanting tradisional yang diwarisi turun-temurun. Motif bunga Dahlia dijadikan ilham utama, bunga ini terkenal dengan kelopak berlapis yang simetri dan anggun, melambangkan kekuatan dan keanggunan yang berkembang dalam keindahan semula jadi, seiring dengan penghargaan masyarakat Melayu terhadap flora sebagai simbol kehidupan dan budi.
Rekaan ini direka dengan warna yang indah iaitu rona koko yang lembut cair dan dilengkapi dengan bingkai ditepi selendang rona hitam, menghadirkan keseimbangan antara dramatik dan kesederhanaan yang elegan dan cantik.
Fabrik habotai yang ringan dan lembut membolehkan selendang ini jatuh dengan indah dan selesa digayakan. Ia sesuai dipadankan bersama baju kurung, kebaya atau busana moden kontemporari. Boleh diselempang di bahu, dililit kemas di leher, atau dijadikan penutup kepala yang sopan. Selendang ini melambangkan seni, warisan dan keanggunan budaya Melayu.
- Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
- 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
- Berukuran 70 x 21 inci.
- Disertakan dengan sijil keaslian, menambahkan nilai pada karya seni ini.
- Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.
- 100% sutera asli (habaotai)
| Dilukis oleh Zulkifli | Diwarna oleh Amira |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product



