As-Is Kekwa dalam Tona Shocking Pink (Crepe)
- Regular price
- RM 1,425.00
- Sale price
- RM 1,425.00
- Regular price
-
RM 1,500.00
Share
Motif Kekwa dalam Tona Shocking Pink menampilkan keindahan bunga kekwa yang melambangkan penghormatan dan kesejahteraan. Dalam budaya Melayu, bunga kekwa sering digunakan dalam seni hiasan dan puisi sebagai simbol kecantikan serta kehalusan budi.
Palet warnanya memukau dengan berlatarkan kain berwarna pink yang terang dan berani, melambangkan semangat ceria dan pesona feminin. Palet warna ungu keperangan pada kelopak bunga menambahkan dimensi anggun, manakala sentuhan biru lembut pada bunga Kekwa menjadikan motif lebih menyerlah.
Rekaannya bercirikan gaya kontemporari tropikal yang masih berpaksikan tradisi Melayu, menjadikan helaian ini bukan sekadar kain, tetapi karya seni yang menzahirkan warisan budaya dengan sentuhan moden.
Harap maklum, terdapat kesan garisan pada sebahagian kain yang terjadi akibat tindak balas kimia semasa proses “colour fixing”—sesuatu yang di luar kawalan kami. Ianya adalah sebahagian daripada seni lukisan tangan dan tidak dianggap sebagai kecacatan. Harga yang diberikan juga telah mengambil kira ketidaksempurnaan ini.
- Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
- 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
- Berukuran 4 meter
- 100% sutera crepe
Hand-drawn by Sofian | Hand-dyed by Amira |
Batik artist | Batik artist | Make-up artist |
![]() | ![]() |
![]() |
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product