Skaf Sutera Habotai dengan Motif Peony
- Regular price
- RM 459.00
- Sale price
- RM 459.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Diilhamkan daripada keanggunan bunga peony, skaf ini dilakar tangan di atas fabrik Sutera Habotai menggunakan teknik chanting tradisional oleh artisan Kelantan. Setiap helaian memerlukan 3 hingga 5 hari untuk disiapkan, melambangkan ketelitian dan cinta terhadap seni warisan Melayu.
Dalam budaya Melayu, peony sering dikaitkan dengan kemuliaan dan kesejahteraan — nilai-nilai yang sinonim dengan aspirasi masyarakat kita terhadap kehidupan yang seimbang dan harmoni. Skaf iini menampilkan palet warna oren jingga, hijau dedaunan, dan biru cair, membangkitkan suasana keanggunan dan kelembutan.
Sutera Habotai yang ringan dan berkilau mencipta gerakan yang hidup setiap kali digayakan. Setiap helaian bukan hanya skaf, tetapi karya seni yang menghubungkan keindahan alam, kehalusan budaya, dan nilai-nilai Melayu dalam satu ungkapan yang penuh makna.
- Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
- 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
- Berukuran 45 inci.
- Disertakan dengan sijil keaslian, menambahkan nilai pada karya seni ini.
- Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.
Cara Penjagaan Habotai Skaf:
Boleh dicuci tangan menggunakan sabun lembut seperti sabun mandi. Jika kekangan masa, boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dengan memasukkan skaf ke dalam jaring pelindung. Namun, kaedah ini tidak digalakkan kerana mungkin mengurangkan jangka hayat fabrik. Fabrik sutera asli tidak perlu dicuci setiap kali pemakaian kerana ia sukar berbau. Memadai mencuci bahagian yang terkena kotoran sahaja.
Dilukis oleh Luqman | Diwarna oleh Amira |
![]() | |
![]() |
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product