Skaf Sutera Habotai dengan Motif Peony
- Regular price
- RM 479.00
- Sale price
- RM 479.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Skaf ini diperbuat daripada fabrik Sutera Habotai yang lembut dan mewah, dihiasi dengan motif bunga peony yang dilakar tangan menggunakan teknik chanting tradisional oleh artisan Kelantan. Setiap helaian memerlukan 3 hingga 5 hari untuk disiapkan, mencerminkan ketelitian terhadap seni warisan Melayu.
Bunga peony dalam budaya Melayu melambangkan kemewahan dan kebahagiaan. Motif ini dipersembahkan dengan rona merah jambu yang lembut dan ungu yang menawan, mencipta gabungan warna yang elegan.
Sutera Habotai yang ringan dan berkilau memberi kesan alunan yang anggun, memperkaya lagi keindahan motif peony yang menawan. Skaf ini bukan sekadar sutera, tetapi sebuah karya seni yang menghubungkan kita dengan budaya, keindahan, dan keanggunan yang abadi.
- Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
- 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
- Berukuran 45 inci.
- Disertakan dengan sijil keaslian, menambahkan nilai pada karya seni ini.
- Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.
Cara Penjagaan Habotai Skaf:
Boleh dicuci tangan menggunakan sabun lembut seperti sabun mandi. Jika kekangan masa, boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dengan memasukkan skaf ke dalam jaring pelindung. Namun, kaedah ini tidak digalakkan kerana mungkin mengurangkan jangka hayat fabrik. Fabrik sutera asli tidak perlu dicuci setiap kali pemakaian kerana ia sukar berbau. Memadai mencuci bahagian yang terkena kotoran sahaja.
Dilukis oleh Zulkifli | Diwarna oleh Amira |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product