Skaf Sutera Habotai dengan Motif Mawar
- Regular price
- RM 459.00
- Sale price
- RM 459.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Dihasilkan di atas fabrik Sutera Habotai yang lembut dan berkilau, skaf ini memberikan keindahan bunga Mawar yang dilukis tangan menggunakan teknik chanting tradisional oleh artisan mahir dari Kelantan. Setiap helaian mengambil masa 3 hingga 5 hari untuk disiapkan, mencerminkan kesabaran dan ketelitian yang diwarisi dalam seni budaya Melayu.
Bunga Mawar, dalam tradisi Melayu, melambangkan cinta, kesetiaan dan keindahan hati — nilai-nilai yang diraikan dalam hubungan adat resam. Skaf ini menggabungkan rona merah delima, merah jambu lembut, dan berlatarkan biru cair.
Kehalusan Sutera Habotai pada setiap sapuan warna, menghasilkan gerakan corak yang hidup dan berjiwa. Lebih daripada sekadar aksesori, skaf ini adalah karya seni yang menghubungkan pemakainya dengan warisan dan nilai-nilai luhur budaya Melayu.
- Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
- 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
- Berukuran 45 inci.
- Disertakan dengan sijil keaslian, menambahkan nilai pada karya seni ini.
- Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.
Cara Penjagaan Habotai Skaf:
Boleh dicuci tangan menggunakan sabun lembut seperti sabun mandi. Jika kekangan masa, boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dengan memasukkan skaf ke dalam jaring pelindung. Namun, kaedah ini tidak digalakkan kerana mungkin mengurangkan jangka hayat fabrik. Fabrik sutera asli tidak perlu dicuci setiap kali pemakaian kerana ia sukar berbau. Memadai mencuci bahagian yang terkena kotoran sahaja.
Hand-drawn by Ali | Hand-dyed by Amira |
Batik artist | Batik artist | Make-up artist |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product