• 77
  • 78
  • 79
1

Skaf Sutera Habotai dengan Motif Abstrak

Regular price
RM 479.00
Sale price
RM 479.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lizza Creations
Worldwide shipping
Secure payments | Lizza Creations
Secure payments
Authentic products | Lizza Creations
Authentic products
Skaf Sutera Habotai dengan Motif Abstrak Ratings: 0 - 0 votes

Setiap helaian skaf ini adalah karya seni yang lahir dari kehalusan tangan artisan Kelantan, dilukis di atas Sutera Habotai menggunakan teknik chanting tradisional. Mengambil masa 3 hingga 5 hari untuk disempurnakan, setiap perincian mencerminkan kesabaran dan dedikasi, nilai yang tinggi dalam budaya Melayu.

Motif abstrak ini mengambil inspirasi daripada alam Melayu — angin, air, dan gerak rasa — melambangkan kebebasan, ketahanan dan harmoni, selari dengan falsafah hidup Melayu yang menghargai keseimbangan antara manusia dan alam.

Rona yang menghiasi skaf ini terdiri daripada biru lembut, kelabu asap, hijau daun dan oren jingga, mewujudkan alunan warna yang tenang. Keanggunan Sutera Habotai menambahkan kehalusan gerak pada setiap sapuan warna, menjadikan setiap helaian bukan sekadar sehelai kain, tetapi lambang jiwa kreatif yang terus hidup dalam warisan budaya kita.

  • Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
  • 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
  • Berukuran 45 inci.
  • Disertakan dengan sijil keaslian, menambahkan nilai pada karya seni ini.
  • Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.

Cara Penjagaan Habotai Skaf:

Boleh dicuci tangan menggunakan sabun lembut seperti sabun mandi. Jika kekangan masa, boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dengan memasukkan skaf ke dalam jaring pelindung. Namun, kaedah ini tidak digalakkan kerana mungkin mengurangkan jangka hayat fabrik. Fabrik sutera asli tidak perlu dicuci setiap kali pemakaian kerana ia sukar berbau. Memadai mencuci bahagian yang terkena kotoran sahaja.


Hand-drawn by Faizul & LuqmanHand-dyed by Amira
Batik artist Batik artist | Make-up artist
12
_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo (1)



Reviews

Be the first to review