• 29
  • 30
  • 31
1

Skaf Sutera Habotai dengan Motif Abstrak

Regular price
RM 489.00
Sale price
RM 489.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lizza Creations
Worldwide shipping
Secure payments | Lizza Creations
Secure payments
Authentic products | Lizza Creations
Authentic products
Skaf Sutera Habotai dengan Motif Abstrak Ratings: 0 - 0 votes

Menggabungkan keindahan seni tradisi dengan interpretasi moden, skaf ini dilakar tangan di atas fabrik Sutera Habotai menggunakan teknik chanting tradisional oleh artisan Kelantan. Mengambil masa 3 hingga 5 hari untuk disiapkan, setiap helaian mencerminkan kesabaran dan kreativiti yang diwarisi dalam budaya Melayu.

Motif abstrak ini diinspirasikan daripada alunan alam bayu, air, dan cahaya — unsur penting dalam falsafah kehidupan Melayu yang menyanjung keharmonian dengan alam semula jadi. Palet warnanya menampilkan gabungan biru lautan, kuning matahari, hijau dedaunan, dan ungu menghasilkan sebuah karya yang indah dan unik.

Sutera Habotai yang ringan dan berkilau menambah lapisan kepada sapuan warna, seakan-akan menghidupkan setiap gerak lukisan. 


  • Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
  • 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
  • Berukuran 45 inci.
  • Disertakan dengan sijil keaslian, menambahkan nilai pada karya seni ini.
  • Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.


Cara Penjagaan Habotai Skaf:

Boleh dicuci tangan menggunakan sabun lembut seperti sabun mandi. Jika kekangan masa, boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dengan memasukkan skaf ke dalam jaring pelindung. Namun, kaedah ini tidak digalakkan kerana mungkin mengurangkan jangka hayat fabrik. Fabrik sutera asli tidak perlu dicuci setiap kali pemakaian kerana ia sukar berbau. Memadai mencuci bahagian yang terkena kotoran sahaja.



Hand-drawn by AliHand-dyed by Amira
Batik artist Batik artist | Make-up artist
12
_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo (1)


Reviews

Be the first to review