Skaf Sutera Habotai dengan Motif Peony
- Regular price
- RM 479.00
- Sale price
- RM 479.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Dihasilkan di atas fabrik Sutera Habotai yang berkilau, skaf ini menampilkan keanggunan bunga peony yang dilakar tangan menggunakan teknik chanting tradisional oleh artisan berpengalaman dari Kelantan. Proses pembuatan yang memakan masa 3 hingga 5 hari ini mencerminkan kesabaran dan ketelitian, nilai yang sangat dihargai dalam seni warisan Melayu.
Bunga peony, dengan kelopak yang mekar indah, melambangkan kemewahan, dan kesejahteraan — sejajar dengan aspirasi masyarakat Melayu yang mementingkan kehalusan budi dan keharmonian hidup. Skaf ini dihiasi dengan rona merah jambu lembut, ungu muda, dan sedikit semburat emas, mewujudkan kesan elegan yang memukau.
Fabrik Sutera Habotai memberikan efek alunan yang ringan dan mewah, memperkaya keindahan corak yang dilakar. Setiap helaian adalah sebuah karya seni, menghubungkan pemakainya dengan nilai budaya dan tradisi yang abadi.
- Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
- 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
- Berukuran 45 inci.
- Disertakan dengan sijil keaslian, menambahkan nilai pada karya seni ini.
- Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.
Cara Penjagaan Habotai Skaf:
Boleh dicuci tangan menggunakan sabun lembut seperti sabun mandi. Jika kekangan masa, boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dengan memasukkan skaf ke dalam jaring pelindung. Namun, kaedah ini tidak digalakkan kerana mungkin mengurangkan jangka hayat fabrik. Fabrik sutera asli tidak perlu dicuci setiap kali pemakaian kerana ia sukar berbau. Memadai mencuci bahagian yang terkena kotoran sahaja.
Dilukis oleh Luqman | Diwarna oleh Amira |
![]() | |
![]() |
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product