Skaf Sutera Habotai dengan Motif Orkid Cattleya
- Regular price
- RM 499.00
- Sale price
- RM 499.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Skaf ini merupakan karya seni halus yang dilukis tangan sepenuhnya di atas fabrik sutera habotai, yang dikenali dengan kelembutan, kilauan ringan dan jatuhan anggun. Menggunakan teknik tradisional chanting oleh artisan mahir dari Kelantan, setiap helaian memerlukan antara 3 hingga 5 hari untuk disiapkan, menjadikannya satu hasil warisan yang bernilai tinggi.
Motif orkid cattleya, digelar “ratu orkid” kerana kelopaknya yang besar dan mewah, melambangkan keanggunan. Warna asas merah jambu lembut membangkitkan rasa tenang, manakala dikeliling tepi skaf berwarna merah jingga memberi sentuhan seimbang. Kelopak orkid dilukis dalam tona putih mutiara digabungkan dengan ungu lembut dan merah jambu pastel, menyerlahkan keindahan semula jadi bunga tropika ini.
Skaf ini adalah simbol kehalusan seni dan jiwa wanita Melayu yang sangat penuh dengan makna.
- Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
- 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
- Berukuran 45 inci.
- Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.
Dilukis oleh Zulkifli | Diwarna oleh Amira |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product