• 56
  • 57
  • 58
1

Skaf Sutera Habotai dengan Motif Monstera

Regular price
RM 489.00
Sale price
RM 489.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lizza Creations
Worldwide shipping
Secure payments | Lizza Creations
Secure payments
Authentic products | Lizza Creations
Authentic products
Skaf Sutera Habotai dengan Motif Monstera Ratings: 0 - 0 votes

Menampilkan keunikan alam tropika, selendang ini dilakar tangan di atas fabrik Sutera Habotai menggunakan teknik chanting tradisional oleh artisan Kelantan, dalam proses teliti yang mengambil masa 3 hingga 5 hari. Setiap helaian memperlihatkan keindahan dan kekuatan motif daun monstera, lambang pertumbuhan yang erat dengan falsafah hidup masyarakat Melayu.

Daun monstera yang rimbun, sering dikaitkan dengan perlindungan dan kemakmuran — nilai penting dalam budaya Melayu yang menghargai hubungan erat antara manusia dan alam. Skaf ini dihiasi dengan rona kelabu arang, hijau pekat daun,putih mutiara dan sapuan keemasan, menggambarkan kesabaran dan keharmonian.

Sutera Habotai yang ringan dan berkilau menyerlahkan tekstur dan gerakan corak, memberikan sentuhan anggun pada setiap gaya. Setiap helaian bukan hanya sekadar aksesori, tetapi karya seni yang menyemarakkan semangat warisan Melayu dalam irama moden yang penuh keindahan.

  • Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
  • 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
  • Berukuran 45 inci.
  • Disertakan dengan sijil keaslian, menambahkan nilai pada karya seni ini.
  • Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.

Cara Penjagaan Habotai Skaf:

Boleh dicuci tangan menggunakan sabun lembut seperti sabun mandi. Jika kekangan masa, boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dengan memasukkan skaf ke dalam jaring pelindung. Namun, kaedah ini tidak digalakkan kerana mungkin mengurangkan jangka hayat fabrik. Fabrik sutera asli tidak perlu dicuci setiap kali pemakaian kerana ia sukar berbau. Memadai mencuci bahagian yang terkena kotoran sahaja.


Dilukis oleh ZulkifliDiwarna oleh Amira
12
_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo (1)


Reviews

Be the first to review