• 62
  • 63
  • 64
1

Skaf Sutera Habotai dengan Motif Kekwa

Regular price
RM 479.00
Sale price
RM 479.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lizza Creations
Worldwide shipping
Secure payments | Lizza Creations
Secure payments
Authentic products | Lizza Creations
Authentic products
Skaf Sutera Habotai dengan Motif Kekwa Ratings: 0 - 0 votes

Dirangka dengan penuh ketelitian di atas fabrik Sutera Habotai yang lembut dan beralun, skaf ini menampilkan keanggunan motif bunga Kekwa, dilukis tangan menggunakan teknik chanting tradisional oleh artisan Kelantan. Setiap helaian memerlukan 3 hingga 5 hari untuk disempurnakan, mencerminkan kesabaran dan kehalusan seni warisan Melayu.

Bunga Kekwa, yang dalam budaya Melayu melambangkan ketabahan, penghormatan dan harapan baru, menjadi inspirasi utama corak ini. Palet warna yang digunakan — kuning keemasan, putih mutiara, dan biru lembut — membangkitkan rasa segar serta keharmonian yang sinonim dengan nilai masyarakat Melayu.

Keistimewaan fabrik Sutera Habotai menyerlahkan keindahan warna yang disapukan, memberikan efek alunan semula jadi dan keanggunan pada setiap gerakan. Skaf ini bukan sekadar pelengkap gaya, malah sebuah karya seni hidup yang meraikan keindahan budaya dan semangat tradisi yang diwarisi turun-temurun.

  • Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
  • 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
  • Berukuran 45 inci.
  • Disertakan dengan sijil keaslian, menambahkan nilai pada karya seni ini.
  • Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.

Cara Penjagaan Habotai Skaf:

Boleh dicuci tangan menggunakan sabun lembut seperti sabun mandi. Jika kekangan masa, boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dengan memasukkan skaf ke dalam jaring pelindung. Namun, kaedah ini tidak digalakkan kerana mungkin mengurangkan jangka hayat fabrik. Fabrik sutera asli tidak perlu dicuci setiap kali pemakaian kerana ia sukar berbau. Memadai mencuci bahagian yang terkena kotoran sahaja.


Dilukis oleh ZulkifliDiwarna oleh Amira
12
_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo (1)


Reviews

Be the first to review