• 14
  • image_338FE01B-05FB-42F3-8D25-C0DF295FA501_1770782184
  • image_57737634-0E24-4B87-B7AF-0A5E51A5705F_1770782184
  • image_F9DF6614-9E1E-407A-BF82-488912A3A38F_1770782184
1

Skaf Sutera Habotai dengan Motif Melur dan Kawung

Regular price
RM 539.00
Sale price
RM 539.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lizza Creations
Worldwide shipping
Secure payments | Lizza Creations
Secure payments
Authentic products | Lizza Creations
Authentic products
Skaf Sutera Habotai dengan Motif Melur dan Kawung Ratings: 0 - 0 votes

Serlahkan keanggunan gaya anda dengan karya batik canting yang dihasilkan sepenuhnya dengan tangan. Skaf sutera ini menggabungkan kelembutan fabrik sutera bermutu tinggi dengan kehalusan seni tradisi. Menampilkan palet warna yang sofistikat—kuning mustard, merah jambu belacan (dusty rose), dan hijau zaitun—skaf ini adalah simbol kemewahan yang versatil.

Sesuai digayakan sebagai pelengkap busana ke majlis rasmi, lilitan leher yang ranggi, mahupun dijadikan sebagai hijab yang eksklusif. Setiap helaian adalah unik kerana dihasilkan melalui proses mencanting lilin yang teliti, memastikan tiada dua helai yang benar-benar serupa.

Reka corak skaf ini merupakan gabungan harmoni antara Motif Organik dan Motif Geometrik, mencerminkan keseimbangan antara alam semula jadi dan ketertiban manusia. Di penjuru bawah kanan, terdapat motif bulatan bersilang yang menyerupai Kawung. Secara tradisinya, motif ini melambangkan keadilan, kejujuran, dan harapan. Bentuk empat bulatan yang bertemu di tengah juga sering dikaitkan dengan fokus minda dan kawalan diri.


  • Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
  • 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
  • Berukuran 45 inci.
  • Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.
  • 100% sutera asli (habaotai)


Dilukis oleh LuqmanDiwarna oleh Amira



2

_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo (1)


Reviews

Be the first to review