• image_87FE8F0D-A547-4084-AEF4-9463E8F22E7F_1770782757
  • image_4C7D9591-29B9-4FF6-B9EF-233C20FDDE1E_1770782757
  • image_188AF04B-EAD6-4595-A3BE-CC1FBBB420C1_1770782757
  • image_B447388E-A0DA-4D5B-BF7F-561B99C7BBD3_1770782757
1

Selendang Sutera Habotai dengan Motif Peony

Regular price
RM 474.05
Sale price
RM 474.05
Regular price
RM 499.00
Worldwide shipping | Lizza Creations
Worldwide shipping
Secure payments | Lizza Creations
Secure payments
Authentic products | Lizza Creations
Authentic products
Selendang Sutera Habotai dengan Motif Peony Ratings: 0 - 0 votes

Selendang sutera Batik Canting yang menawan ini mempamerkan keindahan rona hijau tiffany yang segar, dihiasi dengan motif bunga mekar yang diwarnakan dengan teknik shading halus bagi melambangkan kemewahan dan penghargaan terhadap kecantikan alam.

Reka corak ini menggabungkan elemen flora organik dengan Motif Geometrik pada bahagian bingkai berlapis dalam tona coklat tanah. Perlu dinyatakan bahawa terdapat kesan resapan warna atau "stain" asli pada bahagian latar belakang dan motif, namun dalam dunia batik lukis tangan, kesan unik ini tidak dianggap sebagai cacat celah, sebaliknya ia merupakan bukti autentik proses kraf manual yang memberikan karakter tersendiri serta nilai seni yang tidak mungkin dihasilkan oleh mesin.

Gabungan sutera habotai yang berkilau dengan motif yang artistik ini menjadikannya pilihan eksklusif bagi mereka yang menghargai ketidaksempurnaan seni yang asli dan nilai estetika tradisional yang malar segar.

Sebagai tanda penghargaan kami terhadap pelanggan, kami menawarkan diskaun eksklusif sebanyak 10% bagi helaian ini sebagai pertimbangan terhadap kesan "stain" asli tersebut. Kami percaya bahawa setiap rintik warna yang tidak sengaja ini menambah nilai penceritaan pada karya tangan yang tidak sempurna secara artistik ini, menjadikannya sebuah produk one-of-a-kind dengan harga yang lebih istimewa untuk anda miliki.


  • Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
  • 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
  • Berukuran 45 inci.
  • Disertakan dengan sijil keaslian, menambahkan nilai pada karya seni ini.
  • Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.
  • 100% sutera asli (habaotai)



Hand-drawn by Rosliza MuhammadHand-dyed by Amira
FounderBatik artist | Make-up artist
12
_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo (1)




Reviews

Be the first to review