Orkid dalam Tona Burnt Orange (Crepe)
- Regular price
- RM 1,700.00
- Sale price
- RM 1,700.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kain yardage sutera crepe ini menampilkan keindahan bunga Orkid dalam tona Burnt Orange yang elegan, melambangkan kemewahan, keanggunan serta kekuatan semula jadi. Bunga orkid terkenal dengan kelebihannya yang tahan lama dan bentuk kelopak yang simetri, menjadikannya simbol kehalusan, kecantikan dan keistimewaan. Setiap motif dilukis tangan sepenuhnya menggunakan teknik canting tradisional, hasil sentuhan teliti artisan Kelantan yang berpengalaman.
Proses penghasilan mengambil masa antara 3 hingga 7 hari, menjadikan setiap helaian kain unik dan sarat dengan nilai seni serta warisan budaya. Material sutera crepe yang digunakan sangat lembut, ringan dan sejuk di kulit, sekali gus menghasilkan jatuhan yang cantik dan kemas apabila dipakai.
Kain yardage sutera crepe ini amat sesuai dijahit sebagai baju kurung, kebaya atau pelbagai rekaan busana lain. Keanggunannya menjadikan kain ini pilihan ideal untuk majlis formal, acara istimewa mahupun apa jua majlis yang memerlukan penampilan eksklusif dan sopan.
- Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
- 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
- Berukuran 4 meter
- 100% sutera crepe
| Hand-drawn by Sofian | Hand-dyed by Amira |
| Batik artist | Batik artist | Make-up artist |
![]() | ![]() |
![]() |
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product


