• 11
  • 12
  • 13
1

Selendang Sutera Habotai dengan Motif Kekwa

Regular price
RM 469.00
Sale price
RM 469.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Lizza Creations
Worldwide shipping
Secure payments | Lizza Creations
Secure payments
Authentic products | Lizza Creations
Authentic products
Selendang Sutera Habotai dengan Motif Kekwa Ratings: 0 - 0 votes

Motif Bunga Kekwa dipilih kerana keindahan serta maknanya yang mendalam — melambangkan ketenangan dan penghormatan, sejajar dengan nilai budaya Melayu yang menjunjung budi, santun dan kesejahteraan. Selendang sutera habotai ini merupakan hasil seni tangan yang halus dan penuh ketelitian, dilukis oleh artisan Kelantan menggunakan teknik chanting tradisional yang memerlukan antara 3 hingga 5 hari untuk disiapkan. 

Palet warnanya memukau dengan rona hitam pekat dan gabungan unggu lembut, merah delima, dan hijau zaitun, mencipta suasana elegan, seolah-olah taman tropika Melayu yang mekar abadi. Kehalusan warna dan motifnya mengingatkan pada sulaman halus dalam busana tradisional wanita zaman dahulu.

Selendang ini bukan sekadar helaian, tetapi lambang seni tekstil Melayu yang hidup — menggabungkan estetika, makna dan warisan dalam satu helaian yang anggun dan mempesona.

  • Menampilkan rekaan eksklusif yang dilukis tangan sepenuhnya.
  • 100% hasil lukisan tangan menggunakan teknik "chanting" tradisional.
  • Berukuran 70 x 21 inci.
  • Dibungkus dalam kotak keras yang elegan.



Dilukis oleh AkiqDiwarna oleh Amira



2

_Modern Elegant Beauty And Lifestyle  Branding Logo (1)


Reviews

Be the first to review